Monday, July 22, 2019

0 International Champions Cup Singapore 2019

Tahun ini travel ke Singapura untuk menonton International Champions Cup Singapore 2019, ICC 2019. Pada kebiasaannya apabila pergi ke trip2 bola luar lebih kepada camping untuk dapat selfie dan autograf bersama player. Tetapi fokus kali ini telah berevolusi kepada minat bertemu rakan2 lama yang dikenali sepanjang mengikuti trip2 bola sebelum ini. Bagi saya kecenderungan nilai persahabatan bersama rakan2 Juventus luar negara telah melepasi ketagihan mendapatkan autograf dan selfie. Kalau ada pun kira bonus.

poster promosi

tiket training/tiket bola(side tottenham hahaha! lari pergi side juve, berdiri saja sepanjang game)

DAY 1
Kami tiba di Singapura awal sehari untuk melancong. Sudah lama Juventus Malaysia tak buat trip2 macam ni.




ronda2 Garden By The Bays.  Malam pusing Esplanade.

DAY 2

Hari ini Team Juventus tiba di Singapura pada jam 10 pagi. Pada kebiasaanya time ni dah terpacak di hotel mula operasi camping autograf/selfie. Tapi kali ni sebab menang competition instagram Weston, dapatlah group photo dengan Pjanic dan De Sciglio. Nak  buat solo photo/autograf tak sempat sebab Juventus rushing kerana tiba lewat dari jadual.  Tak kisah la...dapat macam ni pun dah cukup best tak perlu camping hahaha.

submission for the competition



 
Singapore media interview pewwitttt!

Di sini aku dapat jumpa Pak Andre, rakan Juventus yang kenal ketika menonton Calcio Legend Showcase 2016 di Jakarta. Selit gambar Pjanic pakai camera dia ja..sebab tak sempat nak set phone camera sendiri.

 
meeting andre 2019(kiri), 2016(kanan)

Kemudian pergi lunch dan balik ke hotel. Pada sebelah petang attend Open Training Session Juventus di Bishan Stadium.



  
Geng2 Juventus Malaysia

Selepas training, baru aku rushing ke lobby hotel nak tengok EXPECTED crazy autograf/selfie hunter. Memang ramai lain macam, row sampai 3 lapis. maybe sebab CR7 factor. Hopefully next Asian tour CR7 dah tak main Juventus. Less plastic fans. Tak lepak lama..terus blah singgah event Juventus Singapore kejap berdekatan.


Event  Juventus Singapore/Vietnam/HK pun aku tak lepak lama. Macam hipster ja kedai dia. Aku bawak geng2 Juventus Malaysia pi makan kat Geylang. Feel the street food style. 

DAY 3

Pagi2 ada geng2 pi autograf/selfi hunting. Memang  ramai yang dapat hasil. Tunggu dari 7 pagi, hasil start 10 pagi (players baru nak pergi training). Good for them! Aku pula pergi pi event bola nak jumpa geng2 Juventus Jakarta/Sumatera yang sampai lewat malam tadi. Sekali pakej jumpa geng2 Juventus Jepun. Chongqing juga!


Atas ni sample2 gambar pasukan bola yang bertanding. Semua fans pelbagai negara lawan. Result aku tak ambik tau pasai sampai2 dah prize giving ceremony. Dapat la gambar dengan Davids.


  
Ni kawan lama dari Palu. Tahun lepas jumpa di Gathnas Medan (2018). Pakai handphone dia tengok game Juventus streaming sebab line lembab. 

Tak sempat pula nak ambil gambar dengan geng2 Surabaya,Aceh dan Medan. Semua macam rushing balik ke hotel mungkin kerana keletihan tiba malam tadi dan seawal 7 pagi start bola. Tapi sempat la salam2 lepak sekali sekejap.


Fitrah (JCI Makassar) dan Zhong Le (JC Singapore)


Jumpa kawan2 dari Juventus Japan. Tetsuya dan kawan2. First time meet masa Juventus tour di 
Hong Kong (2016)...Tak jumpa pula mana gambar ambil sekali di Hong Kong. Tapi time tu kami bersama2 tunggu di stadium untuk cuba nasib selfie, autograph player. Tak tunggu di hotel. Pak Thomas Juventini pun ada sini ketika itu tapi dia boleh access closed training pakai media pass. Pak Thomas Juventini pun saya jumpa di Kallang Weston pada 2019. Hahaha!


Jumpa kawan2 dari Juventus Chongqing China. Roddick dan kawan2.  First time meet masa Juventus tour di Shanghai (2015), then jumpa semua di Hong Kong (2016). Very humble and nice guy. 


Flashback 2016 di Hong Kong, Roddick bawak kami round2 dalam city. Dia hantar kami sampai depan penginapan. Megahospitality!

Lepas lunch kami pi jalan2 di bandar untuk kill time. Sekitar 4 petang terus ke stadium. Lepak dengan Juventus Jakarta. 



Mereka ni paling rapat. Epul, Salman Reza, Hegy...ramai lagi..sorry tak sebut nama ya? Setiap kali pi nobar di Jakarta...macam tiap2 tahun dari 2016-2018 pasti disambut oleh mereka. Layanan memang luarbiasa. Alangkah bagus kalau ada kawan2 Malaysia yang dapat merasa pengalaman macam aku; dan bawa balik ke negara kita dan bersedia apabila mereka pula berkunjung. Semangat setiakawan mereka ni sentiasa mengingatkan passionate terhadap Juventus. Diaorang ni betul2 well prepared. Stadium materials,  DIY baju thematic tour, jersey lawan bola semalam, coordinasi pelbagai Chapter... I wish you all can learn how well JCI was organized!


Dapat lagi gambar dengan Trezeguet sebelum match kick off. He is still my favorite Juventus player,(2nd was Inzaghi). Maklum lah kami membesar pada era diaorang power. 

Lepas tu baru tengok bola.










Not much expectation to win, ini friendly. Infact kalah lagi bagus dapat post-mortem weakness. Cuma masa balik tak sempat nak salam2 dengan JCI sebelum departure, especially Chapter Padang dan Batam. 


Ini dia barisan2 yang masih bertahan dengan saya dari 20??....hmmm buat pa nak kira since since..nak race nak impress siapa? Hahaha! Thanks geng2 Juventus Malaysia. Semoga kita semua bertahan dapat sokong Juventus sampai bila2.

Trip tour ni best sebab dapat jumpa hampir semua kawan2 Juventus serantau Asia yang kenal pada trip2 tour sebelum ni. After all that was my primary objective. Watching the game and getting autograph/selfie hanyalah bonus since it was not my plan for this trip.

Special thanks to sparring tour partner aku bila ada tour2 Juve di Asia Naim, Khairul dan Jason....nak boh gambaq hampa juga ka?? Again, nice meeting you  JCI Jakarta, JCI Medan, JCI Sumatera, JCI Palu, JCI Padang, JCI Batam, JCI Surabaya,  JCI Aceh, Juventus Club Japan, Juventus Club Chonqing, Bang Andre, Thomas J, Eva (jiwa kental!), Zhong Le, Andrew and Farah. Thanks for the gift (very2 nice!) and I hope you like my gift although  not so much. Hopefully one day we can meet again.

Siapa2 nak recall my soccer travel outside Malaysia boleh recap link ni. Semoga ada rezeki tiap2 tahun experience soccer tour outside Malaysia :)

0 Mattia De Sciglio

Manage to get group photos after winning instagram competition from Weston Singapore.


0 Miralem Pjanic

Manage to get group photo with Miralem Pjanic after winning instagram competition from Weston Singapore.





Tuesday, November 6, 2018

0 Gathnas Juventus Club Indonesia Ke-10

July 2018, semasa lawat ke Jakarta dan lepak bersama JCI Jakarta Pusat, dapat undangan untuk ke Gathnas (Gathering Nasional JCI Ke-10)

Gathnas Ke-10 berlangsung di Hotel Thesyza, Ambarita, Samosir, Danau Toba, Medan, Sumatera, Indonesia pada 2 Nov-4 Nov 2018. Gathnas diadakan pada setiap tahun genap. Pada tahun ganjil hanya gathering regional.

Lakaran poster dan banner Gathnas Ke-10

JOFCM (Juventu Official Fan Club Malaysia) menghantar 3 wakil ke Gathnas dengan tujuan mengambil exposure dari event ini. Thanks Kerol & Naim for joining the Gathnas. Kami tiba di Kuala Namu Airport pada sekitar 11 pagi. Ada yang dah sampai sejak 8 pagi. AJK JCI Medan menyambut kedatangan kami dan mengumpulkan saki baki delegasi di airport. Semua lepak sampai 2.40 petang dan menaiki chartered bas. Separuh perjalanan bertemu satu lagi bas untuk konvoi. Tiba di dermaga Parapat sekitar 9 malam (bas slow + tayar pecah) tapi takpa la..ni semua pengalaman. Dalam bas semua riuh pelet Indonesia jumpa geng2 jauh.

 

Naik chartered feri (atas feri pun semua delegasi Gathnas sahaja) yang terakhir pada pukul 9 malam dan lintas ke Samosir. Trip feri dalam 50 minit. Terus depan hotel. Sampai hotel sekitar 10 malam. Start keluar dari rumah 8.30 AM. Sampai 10 PM. jauh macam pi London!

Poster logo chapter2 JCI + JOFCMY(cari sendiri)

Hadir dengan lesu, lapar...mood restored dengan sambutan tarian tradisional dari Samosir. Meriah betul acara arrival. Lepas tu semua pakat makan malam. Lepas makan malam sambung acara potong kek sempena 121 tahun Juventus. Flare nyala siap + lagu tema Juventus full volume. (Hotel pun full chartered untuk delegasi Gathnas).

Arrival 11PM



 
Potong cake 

Selepas itu acara Gathnas dirasmikan oleh Presiden JCI sekitar 1AM. Baru semua dapat kunci bilik nak mandi, salin pakaian dan tidur. Oppsss takda tidur... 1.30AM start munas (Musyawarah Nasional) JCI dihadiri ketua2 Regional dan perwakilan Chapter. Ketua regional semua duduk meja depan. Semua content munas ikut dalam buku laporan tebal dalam gambar tu. Penyertaan munas ni pun bukan sebarangan orang. Yang mewakilkan perlu ada surat rasmi munas. Saya surrender takat 4AM ja nak dengar laporan financial (luarbiasa!) dan motivasi untuk mengerakkan JCI untuk penggal seterusnya. JCI Aceh bawa mesin bancuh kopi automatik dan kopi Aceh dari ladang sendiri. Memang sedap DIY blend. Saya bangun pukul 7AM. munas belum habis!!!! Acara pemilihan Presiden JCI baru habis undi (tahun maksimum) dan diikuti dengan acara pemilihan hos Gathnas akan datang. Delegasi dari Banten, Madiun dan Jayapura melobikan lokasi mereka dengan penuh semangat pakai powerpoint. Difahamkan Medan telah melobi dari tahun 2012. Bersungguh2 betul Chapter2 ni nak dapatkan host. Akhirnya Madiun menang vote 8, Banten 6, Jayapura 6. Semua sengit.


Munas 1.30AM - 8AM.

Agak2 bila mereka ni tidur? Sejak dari travel sampai habis munas rasanya takda tidur lagi. sehari lebih? 2 hari pun mungkin.

Ok sarapan pagi (ni dah kira lewat malam baru nak tidur). Sarapan dengan fratenity paling rapat, Jakarta Pusat. Ramai delegasi start tidur lepas makan. Indonesia tipikal breakfast - nasi putih, telur mata dan sayur. 

Memandangkan saya dapat tidur sekejap malam tadi so macam malas tidur. Lama sikit semua start acara kutip maknusia sedap tidur lentuk baling dalam swimming pool(tradisi gathnas). Takda sapa terselamat. Semua kena. Lari pelusuk mana pun kena cekup dan baling. Semua santai swimming pool sampai 11.30 AM.









Pada sebelah tengah hari baru cara games di langsungkan. Saya satu team dengan Kerol. Tapi sendiri request biar each Malaysia lepak dengan team lain2. Baru boleh mix dengan chapter2 lain. Macam2 acara games berlangsung dari 12 PM -  4PM. Delegasi semua sporting. Main games sungguh2 tak malu2.






Sesudah 4PM baru start acara free and easy. (5.30PM dah gelap). Pada ketika ini baru ramai kenal antara chapter2 sembang santai antara meja ke meja. Selang dengan makan petang. Ini sahaja the only free quality time during this event. Semua lepak sampai malam. Kemudian baru acara kenal antara chapter secara official. Ketua regional akan menjemput chapter2 mereka untuk menceritakan sejarah penubuhan chapter, nama ahli yang hadir. Lama juga...4 jam baru habis, punya detail dan serius mereka menceritakan hal masing2.  Penubuhan chapter ni bukan boleh suka2 ja buat. Kena hantar application dan sokongan dari regional dan pusat baru boleh. Pastu kena commit laporan bulanan (end produk masuk laporan tebal gathnas) .Time ni semua pakat trade kasi stickers, merch dan frames.

 
mantan2 presiden JOFCMY buat speech(kiri).


Bersama JCI pusat, best brotherhood!(kiri), delegasi paling jauh, Jayapura(kanan) (2 hari baru sampai, pitstop Makassar, Jakarta, Medan). Kos penerbangan sekitar RM2400. Betul2 true! Setelah habis pengenalan chapter2 disediakan pula  DIY BBQ pakai ikan tangkap dalam danau toba.  Aktiviti terakhir malam tu nobar (nonton baraeng/match gath) between Juventus vs Cagliari (3-1). Gambar nobar takda..seronok sangat layan. Saya lepak nobar dengan geng2 Chapter Palu (respek! baru recover earthquake).
Habis sehari lagi. No wonder munas kena settle arrival day. Kalau tak, memang tak sempat buat.

Esok pagi semua berangkat pulang. Kami naik feri paling awal 7AM, sampai airport 1PM. Actually tak la jauh sangat..cuma sebab masa pergi naik bas ramai2 konvoi yang jadi perlahan. Balik naik teksi full chartered. Punya humble geng JCI ni, Presiden, mantan presiden, ketua panitia, panitia dan rakan2 rapat Jakarta pusat siap bangun tidur hantar kami ke kereta sebab nak belah awal. Depa ni bertolak lambat sikit. Respek betul hospitality yang diberikan. 

Delegasi gathnas

Mesti ada yang tanya kenapa Juvedonna sikit ja? sebab depa ni terlampau besar, Juvedonna Indonesia buat gathnas sendiri. female only......tapi takpa rasanya dalam munas dah bincang, there should only be one gathnas. Insyallah.

Danau toba + feri.

 
Travel balik tak mandi..air takda. Merch...tu pun masih tak banyak sebab tak collect betul2.

Apa saya pelajari;

1) Ministickers gift yang sesuai, better than namecard. Effective promotion. Prepare next time.
2) Standby persalinan kena campak dalam air next time.
3) Tau sikit2 lagu Indonesia (optional). depa akan nyanyi masa acara pembukaan. Bagus betul nasionalism depa ni.
4) Medical kit well prepared.




Thanks to source of photos. Kamera phone saya lekeh ja.
Thanks to JCI for the accomodation, food, airport transfer, merch and the experience!
Till next time, Forza Juve!












 

Blog Baju Bola Sepak Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates