July 2018, semasa lawat ke Jakarta dan lepak bersama JCI Jakarta Pusat, dapat undangan untuk ke Gathnas (Gathering Nasional JCI Ke-10)
Gathnas Ke-10 berlangsung di Hotel Thesyza, Ambarita, Samosir, Danau Toba, Medan, Sumatera, Indonesia pada 2 Nov-4 Nov 2018. Gathnas diadakan pada setiap tahun genap. Pada tahun ganjil hanya gathering regional.
Hadir dengan lesu, lapar...mood restored dengan sambutan tarian tradisional dari Samosir. Meriah betul acara arrival. Lepas tu semua pakat makan malam. Lepas makan malam sambung acara potong kek sempena 121 tahun Juventus. Flare nyala siap + lagu tema Juventus full volume. (Hotel pun full chartered untuk delegasi Gathnas).
Pada sebelah tengah hari baru cara games di langsungkan. Saya satu team dengan Kerol. Tapi sendiri request biar each Malaysia lepak dengan team lain2. Baru boleh mix dengan chapter2 lain. Macam2 acara games berlangsung dari 12 PM - 4PM. Delegasi semua sporting. Main games sungguh2 tak malu2.
Gathnas Ke-10 berlangsung di Hotel Thesyza, Ambarita, Samosir, Danau Toba, Medan, Sumatera, Indonesia pada 2 Nov-4 Nov 2018. Gathnas diadakan pada setiap tahun genap. Pada tahun ganjil hanya gathering regional.
Lakaran poster dan banner Gathnas Ke-10
JOFCM (Juventu Official Fan Club Malaysia) menghantar 3 wakil ke Gathnas dengan tujuan mengambil exposure dari event ini. Thanks Kerol & Naim for joining the Gathnas. Kami tiba di Kuala Namu Airport pada sekitar 11 pagi. Ada yang dah sampai sejak 8 pagi. AJK JCI Medan menyambut kedatangan kami dan mengumpulkan saki baki delegasi di airport. Semua lepak sampai 2.40 petang dan menaiki chartered bas. Separuh perjalanan bertemu satu lagi bas untuk konvoi. Tiba di dermaga Parapat sekitar 9 malam (bas slow + tayar pecah) tapi takpa la..ni semua pengalaman. Dalam bas semua riuh pelet Indonesia jumpa geng2 jauh.
Naik chartered feri (atas feri pun semua delegasi Gathnas sahaja) yang terakhir pada pukul 9 malam dan lintas ke Samosir. Trip feri dalam 50 minit. Terus depan hotel. Sampai hotel sekitar 10 malam. Start keluar dari rumah 8.30 AM. Sampai 10 PM. jauh macam pi London!
Poster logo chapter2 JCI + JOFCMY(cari sendiri)
Hadir dengan lesu, lapar...mood restored dengan sambutan tarian tradisional dari Samosir. Meriah betul acara arrival. Lepas tu semua pakat makan malam. Lepas makan malam sambung acara potong kek sempena 121 tahun Juventus. Flare nyala siap + lagu tema Juventus full volume. (Hotel pun full chartered untuk delegasi Gathnas).
Arrival 11PM
Potong cake
Selepas itu acara Gathnas dirasmikan oleh Presiden JCI sekitar 1AM. Baru semua dapat kunci bilik nak mandi, salin pakaian dan tidur. Oppsss takda tidur... 1.30AM start munas (Musyawarah Nasional) JCI dihadiri ketua2 Regional dan perwakilan Chapter. Ketua regional semua duduk meja depan. Semua content munas ikut dalam buku laporan tebal dalam gambar tu. Penyertaan munas ni pun bukan sebarangan orang. Yang mewakilkan perlu ada surat rasmi munas. Saya surrender takat 4AM ja nak dengar laporan financial (luarbiasa!) dan motivasi untuk mengerakkan JCI untuk penggal seterusnya. JCI Aceh bawa mesin bancuh kopi automatik dan kopi Aceh dari ladang sendiri. Memang sedap DIY blend. Saya bangun pukul 7AM. munas belum habis!!!! Acara pemilihan Presiden JCI baru habis undi (tahun maksimum) dan diikuti dengan acara pemilihan hos Gathnas akan datang. Delegasi dari Banten, Madiun dan Jayapura melobikan lokasi mereka dengan penuh semangat pakai powerpoint. Difahamkan Medan telah melobi dari tahun 2012. Bersungguh2 betul Chapter2 ni nak dapatkan host. Akhirnya Madiun menang vote 8, Banten 6, Jayapura 6. Semua sengit.
Munas 1.30AM - 8AM.
Agak2 bila mereka ni tidur? Sejak dari travel sampai habis munas rasanya takda tidur lagi. sehari lebih? 2 hari pun mungkin.
Ok sarapan pagi (ni dah kira lewat malam baru nak tidur). Sarapan dengan fratenity paling rapat, Jakarta Pusat. Ramai delegasi start tidur lepas makan. Indonesia tipikal breakfast - nasi putih, telur mata dan sayur.
Memandangkan saya dapat tidur sekejap malam tadi so macam malas tidur. Lama sikit semua start acara kutip maknusia sedap tidur lentuk baling dalam swimming pool(tradisi gathnas). Takda sapa terselamat. Semua kena. Lari pelusuk mana pun kena cekup dan baling. Semua santai swimming pool sampai 11.30 AM.
Sesudah 4PM baru start acara free and easy. (5.30PM dah gelap). Pada ketika ini baru ramai kenal antara chapter2 sembang santai antara meja ke meja. Selang dengan makan petang. Ini sahaja the only free quality time during this event. Semua lepak sampai malam. Kemudian baru acara kenal antara chapter secara official. Ketua regional akan menjemput chapter2 mereka untuk menceritakan sejarah penubuhan chapter, nama ahli yang hadir. Lama juga...4 jam baru habis, punya detail dan serius mereka menceritakan hal masing2. Penubuhan chapter ni bukan boleh suka2 ja buat. Kena hantar application dan sokongan dari regional dan pusat baru boleh. Pastu kena commit laporan bulanan (end produk masuk laporan tebal gathnas) .Time ni semua pakat trade kasi stickers, merch dan frames.
mantan2 presiden JOFCMY buat speech(kiri).
Bersama JCI pusat, best brotherhood!(kiri), delegasi paling jauh, Jayapura(kanan) (2 hari baru sampai, pitstop Makassar, Jakarta, Medan). Kos penerbangan sekitar RM2400. Betul2 true! Setelah habis pengenalan chapter2 disediakan pula DIY BBQ pakai ikan tangkap dalam danau toba. Aktiviti terakhir malam tu nobar (nonton baraeng/match gath) between Juventus vs Cagliari (3-1). Gambar nobar takda..seronok sangat layan. Saya lepak nobar dengan geng2 Chapter Palu (respek! baru recover earthquake).
Habis sehari lagi. No wonder munas kena settle arrival day. Kalau tak, memang tak sempat buat.
Esok pagi semua berangkat pulang. Kami naik feri paling awal 7AM, sampai airport 1PM. Actually tak la jauh sangat..cuma sebab masa pergi naik bas ramai2 konvoi yang jadi perlahan. Balik naik teksi full chartered. Punya humble geng JCI ni, Presiden, mantan presiden, ketua panitia, panitia dan rakan2 rapat Jakarta pusat siap bangun tidur hantar kami ke kereta sebab nak belah awal. Depa ni bertolak lambat sikit. Respek betul hospitality yang diberikan.
Delegasi gathnas
Mesti ada yang tanya kenapa Juvedonna sikit ja? sebab depa ni terlampau besar, Juvedonna Indonesia buat gathnas sendiri. female only......tapi takpa rasanya dalam munas dah bincang, there should only be one gathnas. Insyallah.
Danau toba + feri.
Travel balik tak mandi..air takda. Merch...tu pun masih tak banyak sebab tak collect betul2.
Apa saya pelajari;
1) Ministickers gift yang sesuai, better than namecard. Effective promotion. Prepare next time.
2) Standby persalinan kena campak dalam air next time.
3) Tau sikit2 lagu Indonesia (optional). depa akan nyanyi masa acara pembukaan. Bagus betul nasionalism depa ni.
4) Medical kit well prepared.
Thanks to source of photos. Kamera phone saya lekeh ja.
Thanks to JCI for the accomodation, food, airport transfer, merch and the experience!
Till next time, Forza Juve!