Monday, July 22, 2019

0 International Champions Cup Singapore 2019

Tahun ini travel ke Singapura untuk menonton International Champions Cup Singapore 2019, ICC 2019. Pada kebiasaannya apabila pergi ke trip2 bola luar lebih kepada camping untuk dapat selfie dan autograf bersama player. Tetapi fokus kali ini telah berevolusi kepada minat bertemu rakan2 lama yang dikenali sepanjang mengikuti trip2 bola sebelum ini. Bagi saya kecenderungan nilai persahabatan bersama rakan2 Juventus luar negara telah melepasi ketagihan mendapatkan autograf dan selfie. Kalau ada pun kira bonus.

poster promosi

tiket training/tiket bola(side tottenham hahaha! lari pergi side juve, berdiri saja sepanjang game)

DAY 1
Kami tiba di Singapura awal sehari untuk melancong. Sudah lama Juventus Malaysia tak buat trip2 macam ni.




ronda2 Garden By The Bays.  Malam pusing Esplanade.

DAY 2

Hari ini Team Juventus tiba di Singapura pada jam 10 pagi. Pada kebiasaanya time ni dah terpacak di hotel mula operasi camping autograf/selfie. Tapi kali ni sebab menang competition instagram Weston, dapatlah group photo dengan Pjanic dan De Sciglio. Nak  buat solo photo/autograf tak sempat sebab Juventus rushing kerana tiba lewat dari jadual.  Tak kisah la...dapat macam ni pun dah cukup best tak perlu camping hahaha.

submission for the competition



 
Singapore media interview pewwitttt!

Di sini aku dapat jumpa Pak Andre, rakan Juventus yang kenal ketika menonton Calcio Legend Showcase 2016 di Jakarta. Selit gambar Pjanic pakai camera dia ja..sebab tak sempat nak set phone camera sendiri.

 
meeting andre 2019(kiri), 2016(kanan)

Kemudian pergi lunch dan balik ke hotel. Pada sebelah petang attend Open Training Session Juventus di Bishan Stadium.



  
Geng2 Juventus Malaysia

Selepas training, baru aku rushing ke lobby hotel nak tengok EXPECTED crazy autograf/selfie hunter. Memang ramai lain macam, row sampai 3 lapis. maybe sebab CR7 factor. Hopefully next Asian tour CR7 dah tak main Juventus. Less plastic fans. Tak lepak lama..terus blah singgah event Juventus Singapore kejap berdekatan.


Event  Juventus Singapore/Vietnam/HK pun aku tak lepak lama. Macam hipster ja kedai dia. Aku bawak geng2 Juventus Malaysia pi makan kat Geylang. Feel the street food style. 

DAY 3

Pagi2 ada geng2 pi autograf/selfi hunting. Memang  ramai yang dapat hasil. Tunggu dari 7 pagi, hasil start 10 pagi (players baru nak pergi training). Good for them! Aku pula pergi pi event bola nak jumpa geng2 Juventus Jakarta/Sumatera yang sampai lewat malam tadi. Sekali pakej jumpa geng2 Juventus Jepun. Chongqing juga!


Atas ni sample2 gambar pasukan bola yang bertanding. Semua fans pelbagai negara lawan. Result aku tak ambik tau pasai sampai2 dah prize giving ceremony. Dapat la gambar dengan Davids.


  
Ni kawan lama dari Palu. Tahun lepas jumpa di Gathnas Medan (2018). Pakai handphone dia tengok game Juventus streaming sebab line lembab. 

Tak sempat pula nak ambil gambar dengan geng2 Surabaya,Aceh dan Medan. Semua macam rushing balik ke hotel mungkin kerana keletihan tiba malam tadi dan seawal 7 pagi start bola. Tapi sempat la salam2 lepak sekali sekejap.


Fitrah (JCI Makassar) dan Zhong Le (JC Singapore)


Jumpa kawan2 dari Juventus Japan. Tetsuya dan kawan2. First time meet masa Juventus tour di 
Hong Kong (2016)...Tak jumpa pula mana gambar ambil sekali di Hong Kong. Tapi time tu kami bersama2 tunggu di stadium untuk cuba nasib selfie, autograph player. Tak tunggu di hotel. Pak Thomas Juventini pun ada sini ketika itu tapi dia boleh access closed training pakai media pass. Pak Thomas Juventini pun saya jumpa di Kallang Weston pada 2019. Hahaha!


Jumpa kawan2 dari Juventus Chongqing China. Roddick dan kawan2.  First time meet masa Juventus tour di Shanghai (2015), then jumpa semua di Hong Kong (2016). Very humble and nice guy. 


Flashback 2016 di Hong Kong, Roddick bawak kami round2 dalam city. Dia hantar kami sampai depan penginapan. Megahospitality!

Lepas lunch kami pi jalan2 di bandar untuk kill time. Sekitar 4 petang terus ke stadium. Lepak dengan Juventus Jakarta. 



Mereka ni paling rapat. Epul, Salman Reza, Hegy...ramai lagi..sorry tak sebut nama ya? Setiap kali pi nobar di Jakarta...macam tiap2 tahun dari 2016-2018 pasti disambut oleh mereka. Layanan memang luarbiasa. Alangkah bagus kalau ada kawan2 Malaysia yang dapat merasa pengalaman macam aku; dan bawa balik ke negara kita dan bersedia apabila mereka pula berkunjung. Semangat setiakawan mereka ni sentiasa mengingatkan passionate terhadap Juventus. Diaorang ni betul2 well prepared. Stadium materials,  DIY baju thematic tour, jersey lawan bola semalam, coordinasi pelbagai Chapter... I wish you all can learn how well JCI was organized!


Dapat lagi gambar dengan Trezeguet sebelum match kick off. He is still my favorite Juventus player,(2nd was Inzaghi). Maklum lah kami membesar pada era diaorang power. 

Lepas tu baru tengok bola.










Not much expectation to win, ini friendly. Infact kalah lagi bagus dapat post-mortem weakness. Cuma masa balik tak sempat nak salam2 dengan JCI sebelum departure, especially Chapter Padang dan Batam. 


Ini dia barisan2 yang masih bertahan dengan saya dari 20??....hmmm buat pa nak kira since since..nak race nak impress siapa? Hahaha! Thanks geng2 Juventus Malaysia. Semoga kita semua bertahan dapat sokong Juventus sampai bila2.

Trip tour ni best sebab dapat jumpa hampir semua kawan2 Juventus serantau Asia yang kenal pada trip2 tour sebelum ni. After all that was my primary objective. Watching the game and getting autograph/selfie hanyalah bonus since it was not my plan for this trip.

Special thanks to sparring tour partner aku bila ada tour2 Juve di Asia Naim, Khairul dan Jason....nak boh gambaq hampa juga ka?? Again, nice meeting you  JCI Jakarta, JCI Medan, JCI Sumatera, JCI Palu, JCI Padang, JCI Batam, JCI Surabaya,  JCI Aceh, Juventus Club Japan, Juventus Club Chonqing, Bang Andre, Thomas J, Eva (jiwa kental!), Zhong Le, Andrew and Farah. Thanks for the gift (very2 nice!) and I hope you like my gift although  not so much. Hopefully one day we can meet again.

Siapa2 nak recall my soccer travel outside Malaysia boleh recap link ni. Semoga ada rezeki tiap2 tahun experience soccer tour outside Malaysia :)
 

Blog Baju Bola Sepak Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates